The Red Giants

EN
MY
Selangor FC
SELANGOR FC
BERITA

Previu Perlawanan Piala Malaysia R16 (2) | Selangor FC lwn Kelantan The Real Warriors FC | Menentang dengan Sepenuh Jiwa

Jan 23, 2026 - FAS

Selangor FC bakal menerima kedatangan Kelantan The Real Warriors FC di Stadium MBPJ, Kelana Jaya bagi perlawanan Piala Malaysia Pusingan ke-16 kedua, hari ini pada jam 8:15 malam.

Pada aksi pertama Pusingan 16 Piala Malaysia, skuad Gergasi Merah berjaya membawa pulang kemenangan selepas menewaskan Sang Kijang 2-1 di Stadium Sultan Muhammad ke-IV. Baca reviu perlawanan penuh di sini.

Beraksi di Stadium MBPJ, Kelana Jaya yang mahu terus dijadikan kubu kuat, Ketua Jurulatih Selangor FC, Kim Pan Gon, berharap pasukan akan menampilkan aksi terbaik buat para penyokong.

“Berdasarkan perlawanan lalu, saya menghormati keberanian mereka serta cara mereka menyerang dan mengawal permainan. Perlawanan kali ini juga dijangka berlangsung dengan intensiti tinggi dan kompetitif, namun kami bersedia untuk bangkit dan menentang mereka dengan sepenuh hati,” kata Kim Pan-gon.

“Fokus utama pasukan adalah pemulihan selain memperbaiki kelemahan daripada perlawanan lalu. Saya percaya dengan perancangan rapi dan sokongan Red Giants, para pemain dapat mempamerkan persembahan bertenaga dalam perlawanan timbal balik ini. Pasukan mahu menjadikan stadium sebagai kubu yang sukar ditembusi dan sambutan hangat penyokong sebelum menjadi motivasi tambahan untuk saya dan para pemain,” jelasnya lagi.

Ayuh penyokong Gergasi Merah, hadir ke Stadium MBPJ, Kelana Jaya bagi memeriahkan perlawanan ini dan sama-sama berjuang untuk dapatkan kemenangan dengan sokongan padu anda. Dapatkan tiket anda di sini dan jadi suara kami!

Pihak pengurusan Selangor FC yakin pasukan akan berusaha keras bagi mendapatkan slot ke pusingan Suku Akhir saingan Piala Malaysia 2025/26. Ayuh, Gergasi Merahku!

Demi Kebanggaan!